Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai sajian yang enak dan mempunyai banyak tempat makan yang menarik. Ramai yang suka makan di luar. Walaupun, anda menghidap penyakit ginjal, anda masih boleh makan di luar asalkan anda mempelajari jenis bahan masakan dan kaedah di sebalik penyediaan makanan yang sihat. Penjagaan makanan merangkumi pilihan makanan rendah kandungan sodium(garam), potasium, fosfat dan pengambilan cecair serta prote in dalam perkadaran yang dibenarkan. Namun begitu, untuk faedah kesihatan jangka panjang sebaiknya kurangkanlah kekerapan makan di luar.. Buatlah Perancangan Jika anda merancang makan di luar untuk waktu malam, kurangkanlah saiz porsi dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan potassium pada waktu makan yang lain untuk hari itu. Kenalpasti restoran atau warung makanan di tempat anda yang boleh menawarkan pelbagai jenis juadah dan boleh membuat permintaan khas yang sesuai dengan diet anda. Sebelum m...
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah penyakit seumur hidup dan boleh mendatangkan kesan negatif yang amat teruk terhadap kualiti hidup pesakit. Selain membataskan aktiviti harian, pesakit tahap kronik bukan sahaja terpaksa menelan ubat-ubatan dan menjaga pemakanan harian, malah mereka juga bergantung sepenuhnya pada mesin dialisis bagi meneruskan hidup. Malangnya, bilangan pesakit buah pinggang di negara ini sentiasa meningkat setiap tahun. Malah, Malaysia juga dikenal pasti antara negara paling ramai pesakit buah pinggang di dunia disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat penduduk terutama pengambilan makanan tidak seimbang. Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) Prof Dr Goh Bak Leong berkata terdapat kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. “Jumlah itu dilihat semakin membimbangkan kerana ia meningkat setiap tahun. Pesakit ‘end stage renal disease’ atau penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) mempunyai beberapa pilihan rawatan seperti...