Skip to main content

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

Setiap manusia normal memiliki satu set buah pinggang. Buah pinggang adalah organ berbentuk seperti kacang merah yang terletak di sisi kanan dan kiri tulang belakang di atas bahagian pinggang kita.


Fungsi asas buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah.
Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikumuh keluar dengan sempurna melalui air kencing.
Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh masalah diabetes atau kencing manis dan obesitiBahaya tabiat pemakanan seperti gemar mengambil makanan dan minuman manis atau minuman berkarbonat juga antara penyumbang utama masalah ini.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai gangguan kepada fungsi tubuh. Akibatnya, pelbagai komplikasi mulai muncul secara berperingkat mengikut kadar kerosakan buah pinggang.
Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang? Ok kita akan bincangkan senarainya di dalam artikel ini. Sila ambil perhatian!

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

 

+1 – Masalah badan lemah, tidak bertenaga dan fikiran terganggu 


Buah pinggang yang sihat mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilakan lebih sel darah merah untuk fungsi mengangkut oksigen.
Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini juga disebut sebagai anemia.
Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik.
Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.

+2 – Masalah susah hendak tidur

 

Ini bukan berkaitan kerap diganggu hantu atau makhluk halus. Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea).
Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia.
Kesemua gangguan ini  menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.

+3 – Masalah kulit kering dan gatal-gatal 


Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.
Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid.
Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.
Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.
Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

+4 – Masalah kencing terlalu kerap di waktu malam

 

Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung.
Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap.
Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.

+5 – Masalah air kencing berdarah atau kencing kotor

 

Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah.
Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor.
Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.

+6 – Masalah air kencing berbuih

 

Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome.
buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting.
Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.

+7 – Masalah mulut berbau dan hilang selera makan

 

Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan.
Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah

+8 – Masalah bengkak kaki dan mata

 

Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang.
Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata.
Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.

+9 – Masalah kekejangan otot

Kekejangan otot atau “muscle cramp” adalah petanda biasa berkaitan penyakit buah pinggang. Ia menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau beberapa minit. Kebiasaannya berlaku di bahagian belakang betis kaki.
Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dan elektrolit tubuh atau berlaku kerosakan saraf atau juga disebabkan masalah aliran darah. Kesemuanya melibatkan fungsi kerja buah pinggang.

Comments

  1. Point no 2 tu selalu orang kita buat sekarang ni. Suka tidur lewat secara sengaja. Selain petanda juga boleh membawa kepada masalah buah pinggang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Cuci Buah Pinggang Dengan Seringgit

  Hari ni nak berkongsi petua yang saya sendiri pun baru tahu.... Terima kasihlah wahai sahabat yang sudi berkongsi petua ini... Jasamu amat dikenang....  Alhamdulillah saya amalkan.... perkara baik jangan ditunda2kan.....  Khasiat daun sup.... Ternyata ianya dapat mencuci buah pinggang. Buah pinggang organ dalam badan yang dah bekerja lama dan banyak baktinya pada kita ... Tentu banyak benda-benda yang tersaring kat dalam buah pinggang ... Maklum lah kan .. buah pinggangkan kerja nya menapis darah dengan membuang garam dan racun yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita ... jadi, kita perlukan pembersihan buah pinggang .. Bagaimana buah pinggang kita berfungsi....macam mana caranya ... jom kita perhatikan gambar kat bawah ni ..  Ini adalah gambar buah pinggang .. gambar yang besar tu adalah gambar buah pinggang dibelah .. lihat kat dalam buah pinggang tu .. ada ketulan yang menghalang di saluran buah pinggang ... ini yang menyebabkan buah pinggan...

Makan Di Luar Secara Sihat Untuk Pesakit Buah Pinggang

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai sajian yang enak dan mempunyai banyak tempat makan yang menarik. Ramai yang suka makan di luar. Walaupun,  anda menghidap penyakit ginjal, anda masih boleh makan di luar asalkan anda mempelajari jenis bahan masakan dan kaedah di sebalik penyediaan makanan yang sihat. Penjagaan makanan merangkumi pilihan makanan rendah kandungan sodium(garam), potasium, fosfat dan pengambilan cecair serta prote in dalam perkadaran yang dibenarkan. Namun begitu, untuk faedah kesihatan jangka panjang sebaiknya kurangkanlah kekerapan makan di luar.. Buatlah Perancangan Jika anda merancang makan di luar untuk waktu malam, kurangkanlah saiz porsi dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan potassium pada waktu makan yang lain untuk hari itu. Kenalpasti restoran atau warung makanan di tempat anda yang boleh menawarkan pelbagai jenis juadah dan boleh membuat permintaan khas yang sesuai dengan diet anda. Sebelum m...