Skip to main content

Cara Cuci Buah Pinggang Dengan Seringgit

 


Hari ni nak berkongsi petua yang saya sendiri pun baru tahu.... Terima kasihlah wahai sahabat yang sudi berkongsi petua ini... Jasamu amat dikenang.... 

Alhamdulillah saya amalkan.... perkara baik jangan ditunda2kan..... 



Khasiat daun sup....
Ternyata ianya dapat mencuci buah pinggang. Buah pinggang organ dalam badan yang dah bekerja lama dan banyak baktinya pada kita ... Tentu banyak benda-benda yang tersaring kat dalam buah pinggang ... Maklum lah kan .. buah pinggangkan kerja nya menapis darah dengan membuang garam dan racun yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita ... jadi, kita perlukan pembersihan buah pinggang .. Bagaimana buah pinggang kita berfungsi....macam mana caranya ... jom kita perhatikan gambar kat bawah ni .. 

Ini adalah gambar buah pinggang .. gambar yang besar tu adalah gambar buah pinggang dibelah .. lihat kat dalam buah pinggang tu .. ada ketulan yang menghalang di saluran buah pinggang ... ini yang menyebabkan buah pinggang tak dapat bekerja dengan sempurna .. bila buah pinggang tidak dapat menjalankan tugasnya, akibatnya tubuh badan kita yang menanggung deritanya.





Rahsia Daun Sup, Mampu Mencuci Buah Pinggang  


Antara rahsia tersembunyi sayuran yang mungkin kita kerap makan tanpa kita ambil peduli tentang khasiatnya ialah daun sup. Daun sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! Ketahuilah rahsia daun sup melalui tips dibawah. 

Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang kita dalam proses biologi badan. 

Kandungan garam dan racun yang ada didalamnya tidak kita ketahui betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. 

Namun begitu, tahukah anda dengan "daun sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini... 


Cara dan Penyediaan 


Ambil daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecil2, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja. 

Sejukkan rebusan air daun sup tadi, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari...Insya Allah anda akan rasa perubahannya...Anda akan lihat akumulasi garam dan racun lain akan keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Juga anda akan dapati diri anda berasa lebih segar dan sihat berbanding dulu ...  

Berusaha - Berikhtiar - Allah jua yang menyembuhkan. 

Selamat mencuba ...




Info Ringkas Tentang Daun Sup/Saderi  


Daun sup atau daun saderi mempunyai banyak vitamin. Ia merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B kompleks dan C dan magnesium. 

Daun saderi ni banyak khasiatnya .. selain dapat membersihkan buah pinggang .. ia jugak dapat menurunkan tekanan darah tinggi ... caranya sama iaitu dengan mengamalkan minum air rebusannya setiap hari ... khasiat daun saderi yang lain adalah dipercayai dapat mengubati keracunan ... seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman dibahagian luka dalaman ...  

Bagus sebenarnya daun saderi ni .. banyak khasiat ... selama ni kalau dalam makanan ada daun saderi ni main kuis tepi jek .. lepas ni kena makan daun yang original dan air rebusan dia sekali ... mudah-mudahan dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan ... kita berusaha, Allah jua yang memakbulkan ... semoga mendapat keberkatan dariNYA ... amin .. 

 




 



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Di Luar Secara Sihat Untuk Pesakit Buah Pinggang

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai sajian yang enak dan mempunyai banyak tempat makan yang menarik. Ramai yang suka makan di luar. Walaupun,  anda menghidap penyakit ginjal, anda masih boleh makan di luar asalkan anda mempelajari jenis bahan masakan dan kaedah di sebalik penyediaan makanan yang sihat. Penjagaan makanan merangkumi pilihan makanan rendah kandungan sodium(garam), potasium, fosfat dan pengambilan cecair serta prote in dalam perkadaran yang dibenarkan. Namun begitu, untuk faedah kesihatan jangka panjang sebaiknya kurangkanlah kekerapan makan di luar.. Buatlah Perancangan Jika anda merancang makan di luar untuk waktu malam, kurangkanlah saiz porsi dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan potassium pada waktu makan yang lain untuk hari itu. Kenalpasti restoran atau warung makanan di tempat anda yang boleh menawarkan pelbagai jenis juadah dan boleh membuat permintaan khas yang sesuai dengan diet anda. Sebelum m...

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

Setiap manusia normal memiliki satu set buah pinggang. Buah pinggang adalah organ berbentuk seperti kacang merah yang terletak di sisi kanan dan kiri tulang belakang di atas bahagian pinggang kita. Fungsi asas buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah. Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikumuh keluar dengan sempurna melalui air kencing. Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh  masalah diabetes  atau kencing manis dan  obesiti .  Bahaya tabiat pemakanan  seperti gemar mengambil makanan dan minuman manis atau  minuman berkarbonat  juga antara penyumbang utama masalah ini. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai gangguan kepada fungsi tubuh. Akibatnya, pelbagai komplikasi mulai muncul secara berperingkat mengikut kadar kerosakan buah pinggang. Apa...